soalan lazim hubungi kami sistem maklumbalas peta laman
logo Ukas

Arkib Berita

🏢 Kategori Arkib Arkib Berita

31.8.2023 : Putrajaya : Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya akan mempertahankan hak setiap rakyat di negara ini tanpa ada yang dipinggirkan. Menyampaikan amanat sempena Hari Kebangsaan 2023 semalam, Perdana Menteri menegaskan semua pihak harus menerima kenyataan bahawa perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan seperti hak dan keistimewaan Bumiputera serta Islam sebagai agama Persekutuan tiada sesiapa harus mempertikaikannya. 

Berita Penuh

21.8.2023 : Kuala Lumpur : Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan memastikan keadilan dan keselesaan dinikmati semua kaum di negara ini, namun menegaskan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan tidak wajar dipertikaikan. Justeru, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus mengangkat martabat dan mempertahankan agama Islam.

Berita Penuh

28.7.2023 : Kuala Lumpur : Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam melancarkan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat sebagai kerangka ekonomi baharu Malaysia bertujuan untuk mengangkat semula darjat dan martabat negara. Perdana Menteri berkata, kerangka itu akan menstruktur semula ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara, sekali gus memberi limpahan hasil kepada rakyat untuk menikmati kehidupan lebih bermutu.

Berita Penuh

3.8.2023 : Putrajaya : Jemaah Menteri semalam bersetuju secara prinsip dengan cadangan Kementerian Pengangkutan untuk membangunkan semula Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral). Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pembangunan semula itu membabitkan kerjasama dengan pihak swasta iaitu Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) yang juga pemaju keseluruhan projek KL Sentral.

Berita Penuh

28.7.2023 : KUALA LUMPUR : Malaysia menyasarkan menjadi antara 30 kuasa ekonomi terbesar di dunia dalam pelan komprehensif yang diumumkan kerajaan bagi memastikan kekayaan negara dikongsi semua lapisan masyarakat. Rangka dan hala tuju Ekonomi Madani yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggariskan enam penanda aras lain yang akan mengembalikan status Malaysia sebagai kuasa ekonomi ulung di Asia.

Berita Penuh

Kemaskini Terakhir

Jumlah Pelawat

16343863
YesterdayYesterday43552
All_DaysAll_Days16343863

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768

fbx fb fbtt2