soalan lazim hubungi kami sistem maklumbalas peta laman
logo Ukas

Arkib Berita

🏢 Kategori Arkib Arkib Berita

28.7.2023 : KUALA LUMPUR : Malaysia menyasarkan menjadi antara 30 kuasa ekonomi terbesar di dunia dalam pelan komprehensif yang diumumkan kerajaan bagi memastikan kekayaan negara dikongsi semua lapisan masyarakat. Rangka dan hala tuju Ekonomi Madani yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggariskan enam penanda aras lain yang akan mengembalikan status Malaysia sebagai kuasa ekonomi ulung di Asia.

Berita Penuh

17.7.2023 : Ipoh : Jalur Gemilang kebanggaan negara dibawa menjelajah lebih 3,000 kilometer (km) ke seluruh pelosok negara oleh Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 yang bermula di Ipoh pagi semalam dan berakhir di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos depan. Konvoi itu adalah sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023.

Berita Penuh

8.7.2023 : Seremban : Kabinet pada mesyuaratnya minggu depan akan membincangkan keputusan untuk mengkaji semula skim gaji perkhidmatan awam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, keputusan untuk mengkaji semula skim gaji itu dibuat berikutan tiada kenaikan diberikan bagi tempoh yang agak lama, dengan kali terakhir skim gaji disemak adalah pada 2013. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pertimbangan itu juga wajar dibuat selepas mengambil kira skim gaji penjawat awam ketika ini berada pada tahap rendah.

Berita Penuh

15.7.2023 : PUTRAJAYA : Kerajaan sudah membelanjakan RM188 bilion daripada RM388.1 bilion keseluruhan peruntukan Belanjawan 2023 setakat Jun lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah itu meliputi 49 peratus daripada nilai peruntukan iaitu lebih tinggi berbanding tempoh sama dari tahun-tahun sebelumnya. 

Berita Penuh

21.6.2023 : PETALING JAYA : Malaysia menduduki tempat ke-27 dalam ekonomi paling kompetitif di dunia, naik lima tangga daripada kedudukan ke-32 pada tahun lalu. Menurut Kedudukan Daya Saing Dunia (WCR) IMD 2023, Malaysia menunjukkan peningkatan prestasi dalam beberapa bidang utama iaitu dari segi harga di bawah sektor prestasi ekonomi, dasar percukaian di bawah sektor kecekapan kerajaan serta infrastruktur asas dan teknologi di bawah sektor infrastruktur.

Berita Penuh

Kemaskini Terakhir

Jumlah Pelawat

7704761
YesterdayYesterday23815
All_DaysAll_Days7704761

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768

fbx fb fbtt2