Arkib Berita
26.10.2023 : Cyberjaya : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan surat rasmi, sama ada dari pihak kerajaan mahupun swasta diutuskan dalam Bahasa Melayu. Perdana Menteri berkata, jika surat berkenaan diutus dalam bahasa selain bahasa kebangsaan, ia perlu dipulangkan semula kepada pengutus dalam usaha untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Berita Penuh
- Butiran
20.10.2023 : Kuala Lumpur : Kerajaan mengeluarkan arahan baharu kawalan perbelanjaan awam untuk semua kementerian, jabatan dan agensinya, sebagai usaha penjimatan serta mengelakkan pembaziran sumber kewangan awam. Surat pekeliling bertajuk 'Arahan Kawalan Perbelanjaan Awam Kementerian/Jabatan' bertarikh 18 Oktober lalu itu ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dengan salinan diedarkan kepada Pejabat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri; Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Dr. Zulkapli Mohamed; serta semua Ketua Setiausaha kementerian.
Berita Penuh
- Butiran
14.10.2023 : KERAJAAN akan mendukung dasar fiskal yang kukuh bagi menyokong momentum pertumbuhan ekonomi secara mampan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI. Perdana Menteri yang jua Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerangka ini antara lain, memberikan tumpuan kepada pencapaian daya tahan dan kemampanan fiskal dengan sasaran defisit fiskal sebanyak 3.0 peratus dalam tahun mendatang.
Berita Penuh
- Butiran
17.10.2023 : Kuala Lumpur : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menasihatkan penjawat awam supaya terus mengamalkan langkah penjimatan bagi memastikan dana awam tidak dibazirkan begitu sahaja. Beliau berkata, penjawat tidak perlu melihat soal pembaziran dalam konteks yang besar sahaja, sebaliknya isu kecil seperti menutup lampu pejabat dan pemberian pen mengikut jawatan juga perlu dilakukan.
Berita Penuh
- Butiran
14.10.2023 : KERAJAAN memperuntukkan RM393.8 bilion atau 19.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Belanjawan 2024. Daripada jumlah itu, sebanyak RM303.8 bilion atau 77.1 peratus disalurkan kepada perbelanjaan mengurus (OE) manakala baki RM90 bilion diperuntukkan kepada perbelanjaan pembangunan (DE). Kerajaan Persekutuan bertekad untuk memperuntukan modal ke arah memastikan kemampanan pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa panjang.
Berita Penuh
- Butiran