Arkib Berita
9.5.2024 : PUTRAJAYA : Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Santapan Rumah Terbuka Madani Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2024 di Dewan Sri Endon Puspanitapuri di sini, semalam. Ketibaan Sultan Ibrahim pada pukul 12.50 tengah hari disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof.
Berita Penuh
- Butiran
8.5.2024 : Putrajaya : Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin peta dan landskap ekonomi Malaysia akan berubah ke arah lebih baik dan akan terus menjadi perhatian dunia dari segi pelaburan jika penjawat awam mengamalkan kecekapan dan nmelaksanakan tugas dengan pantas.
Berita Penuh
- Butiran
2.5.2024 : Putrajaya : Lebih 1.5 juta kakitangan kerajaan akan menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus mulai 1 Disember depan, antara kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara yang bakal menyaksikan pendapatan minimum merangkumi gaji dan elaun tetap melebihi RM2,000 sebulan. Berita gembira itu diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam amanat pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 bertema "Pekerja Kesuma Bangsa" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam dan akan diperincikan dalam Belanjawan 2025 yang dijangka dibentangkan Oktober depan.
Berita Penuh
- Butiran
7.5.2024 : Putrajaya : Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti penjawat awam setimpal dengan pengiktirafan dan keyakinan yang diberikan kerajaan menerusi pelarasan gaji yang dibuat mengikut Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Perdana Menteri berkata, justeru itu, penjawat awam diminta mengenal pasti individu yang merosakkan nama baik perkhidmatan awam.
Berita Penuh
- Butiran
2.5.2024 : PUTRAJAYA : Berita baik kepada 1.6 juta penjawat awam apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan kenaikan gaji kepada golongan tersebut lebih 13 peratus berkuat kuasa 1 Disember tahun ini.
Berita Penuh
- Butiran