8.7.2023 : Seremban : Kabinet pada mesyuaratnya minggu depan akan membincangkan keputusan untuk mengkaji semula skim gaji perkhidmatan awam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, keputusan untuk mengkaji semula skim gaji itu dibuat berikutan tiada kenaikan diberikan bagi tempoh yang agak lama, dengan kali terakhir skim gaji disemak adalah pada 2013. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pertimbangan itu juga wajar dibuat selepas mengambil kira skim gaji penjawat awam ketika ini berada pada tahap rendah.
Berita Penuh
- Butiran