Arkib Berita
20.12.2022 : Kuala Lumpur : Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak berwaspada dan mengelakkan kawasan berisiko tinggi, sepanjang musim tengkujuh dan monsun ketika ini. Perdana Menteri berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga diarah untuk memantau dan mempertingkat keselamatan di tapak peranginan di negeri masing-masing.
Berita Penuh
- Butiran
15.12.2022 : Putrajaya : Memahami beban kos sara hidup yang ditanggung rakyat, kerajaan semalam memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik bagi penggunaan domestik, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat berasaskan pertanian serta pengeluar makanan. Bagaimanapun, kerajaan akan membuat semakan untuk menaikkan tarif elektrik membabitkan syarikat multinasional yang mengeksport produk ke luar negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan memutuskan cadangan awal untuk menaikkan tarif elektrik khususnya untuk pengguna domestik dan beberapa industri tidak akan diteruskan selepas mengambil kira beban yang perlu ditanggung rakyat.
Berita Penuh
- Butiran
15.11.2022 : PUTRAJAYA : Kerajaan menetapkan Jumaat dan Sabtu iaitu 18 dan 19 November ini sebagai Hari Kelepasan Am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam diawalkan pada 17 November ini dan bagi pesara pula, bayaran pencen adalah pada hari ini.
Berita Penuh
- Butiran
15.12.2022 : PUTRAJAYA : Kerajaan memberi jaminan tarif elektrik bagi penggunaan domestik tidak akan dinaikkan dan tiada cadangan dari kerajaan berhubung perkara tersebut demi tidak membebankan rakyat. Bagaimanapun, beliau mengakui ia bakal memberi kesan agak tinggi kepada kewangan negara sehingga mencecah RM30 bilion setahun ekoran keputusan tidak menaikkan tarif elektrik tersebut.
Berita Penuh
- Butiran
14.10.2022 : Shah Alam : Pengguna Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) boleh menikmati perjalanan tanpa bayaran tol bermula hari ini hingga 30 November. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Lebuhraya DASH semalam.
Berita Penuh
- Butiran