Keratan Akhbar / Artikel
🏢
Sumber
Penerbitan
Keratan Akhbar/Artikel
Keratan Akhbar
26.11.2023 : PUTRAJAYA : Kerajaan memperkenalkan Dana Komuniti Madani dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion khusus untuk membantu setiap kampung atau kawasan penempatan komuniti bagi menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing. Mengumumkan pendekatan baharu itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan usaha pertama seumpamanya dilaksanakan di negara ini yang akan bermula pada tahun depan sekali gus bakal memberi manfaat puluhan juta rakyat.
Berita Penuh
- Butiran
25.11.2023 : Kuala Lumpur : Malaysia masih kekurangan pakar dalam keselamatan siber memandangkan negara hanya memiliki 13,000 pekerja dalam bidang itu, berbanding sekurang-kurangnya 25,000 diperlukan menjelang 2025. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi menangani kekurangan 12,000 pekerja yang diperlukan itu, kerjasama antara kerajaan, institusi pendidikan dan penggiat industri amat kritikal.
Berita Penuh
- Butiran
10.11.2023 : Kuala Lumpur : Tahap kecekapan penjawat awam dan tenaga kerja negara perlu ditingkatkan seiring kemunculan bidang baharu yang memerlukan kemahiran tahap tinggi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, kecekapan itu diperlukan bagi membolehkan pelan dan dasar yang sedang dijayakan kerajaan bukan saja menarik dan memukau, sebaliknya pelaksanaannya kelak dilaksana dengan baik dan menyeluruh.
Berita Penuh
- Butiran