Arkib Berita
16.6.2023 : KUALA LUMPUR : Sistem kutipan tol secara pembayaran terbuka dijangka dilaksanakan sepenuhnya di semua lebuh raya di seluruh negara pada akhir tahun 2024. Menerusi sistem itu, pengguna boleh menggunakan kad kredit, kad debit atau kad Touch 'n Go untuk membuat bayaran tol.
Berita Penuh
- Butiran
13.6.2023 : Putrajaya : Kerajaan akan melancarkan Naratif Ekonomi Madani menjelang Ogos ini sebagai hala tuju ekonomi negara yang lebih jelas, selain menjadi panduan kepada semua kementerian dan jabatan kerajaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata naratif berkenaan bakal menjadi satu kerangka besar dan umum kepada nasi ekonomi negara dan akan dijelaskan kepada rakyat secara berperingkat. Bagaimanapun katanya, beberapa dasar segera yang terpaksa dilaksanakan akan diteruskan.
Berita Penuh
- Butiran
29.5.2023 : IPOH : Surat khabar tetap mempunyai peranan penting menyalurkan maklumat dan berpotensi bertahan jika mengekalkan mutu dan integritinya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, walaupun media sosial kini mengambil alih peranan akhbar fizikal, beliau berpandangan surat khabar mempunyai peranan yang lebih tinggi dan wajar berbanding media sosial.
Berita Penuh
- Butiran
29.5.2023 : Port Dickson : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa perang menentang rasuah digerakkannya, tidak menyasarkan bangsa tertentu, tetapi sesiapa juga yang merompak kekayaan negara. Tegas Perdana Menteri, tindakan diambil terhadap semua, baik Melayu, Cina atau India jika mereka terbabit dalam jenayah berkenaan dan penyelewengan.
Berita Penuh
- Butiran
28.5.2023 : Kuala Lumpur : Kepesatan dunia digital khususnya media sosial sedikit sebanyak melunturkan minat masyarakat khususnya anak muda dalam menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya penting, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, membaca sewajarnya dijadikan satu budaya ilmu yang menjadi terapan buat seluruh rakyat, khususnya anak muda dalam usaha mengangkat nilai dan akhlak sesebuah bangsa.
Berita Penuh
- Butiran