Memastikan pelaksanaan program-program PPP bagi sektor keselamatan, perumahan, PBT dan pembangunan tanah berkesan dan mencapai matlamat Kerajaan seperti berikut:
- mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi melalui peningkatan pelaburan dan jalinan kerjasama pintar antara sektor awam dan swasta;
- memperoleh Value for Money melalui kos yang efektif dan pengagihan risiko yang optimum;
- meningkatkan kecekapan dan produktiviti;
- mengoptimum sumber kewangan negara dan kepakaran sektor awam dan swasta; dan
- mengenalpasti business model baru yang inovatif bagi pelaksanaan projek-projek PPP bagi mewujudkan jalinan kerjasama yang mapan antara sektor awam dan swasta.
Merancang, menilai, menyelaras, merunding dan memantau pelaksanaan projek-projek kerjasama awam swasta dalam sektor keselamatan, perumahan, PBT dan pembangunan tanah melalui aktiviti-aktiviti berikut:
- memproses dan meneliti cadangan awal dan need statement projek
- menyelaras penyediaan dokumen tender projek
- menilai cadangan kewangan projek bagi menepati konsep value for money
- merunding terma dan syarat perjanjian konsesi dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara dan agensi berkaitan
- menyediakan draf perjanjian konsesi
- menyediakan Kertas Jemaah Menteri bagi memperakukan terma dan syarat perjanjian yang telah dimuktamadkan
- menangani isu-isu pelaksanaan projek yang telah diswastakan dan menilai sama ada hendak diteruskan sebagai projek penswastaan ataupun sebaliknya
- Butiran