soalan lazim hubungi kami sistem maklumbalas peta laman
logo Ukas

Perutusan Ketua Pengarah

🏢 Maklumat UKAS Perutusan Ketua Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Portal Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.

UKAS telah ditubuhkan pada April 2009 sebagai agensi pusat yang berperanan membentuk jalinan kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta melalui program kerjasama awam swasta (Public Private Partnership - PPP). Kerjasama awam swasta yang telah dilaksanakan di Malaysia sejak lebih daripada 30 tahun yang lalu telah melalui pelbagai evolusi dan transformasi dalam menyumbang kepada pertumbuhan pesat pembangunan di Malaysia.

Antara projek utama yang boleh dibanggakan termasuk menyediakan kemudahan infrastruktur yang canggih dan bertaraf dunia seperti projek-projek lebuhraya, pelabuhan, lapangan terbang, terminal pengangkutan bersepadu, hospital dan hab pendidikan. Projek-projek ini seterusnya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, khususnya dalam mewujudkan kawasan baharu yang menawarkan akses mobiliti yang lebih baik. Pelaksanaan projek-projek PPP melalui pelbagai bentuk model turut membuka ruang kepada Kerajaan untuk menjana ekonomi negara melalui kesan pengganda.

Selaras dengan strategi pembangunan sosioekonomi yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (2021 – 2025), PPP akan terus memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Justeru itu, bagi memastikan Malaysia terus utuh sebagai negara yang berdaya saing dalam semua sektor ekonomi, UKAS sentiasa komited dalam merancang, menilai, menyelaras dan merunding projek-projek kerjasama awam swasta yang memberi manfaat kepada negara demi kesejahteraan rakyat.

Saya berharap portal ini akan memudahkan semua pihak untuk mendapat maklumat mengenai PPP dan menjadi sumber rujukan yang berguna dalam usaha UKAS untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada semua.

“KERJASAMA AWAM SWASTA MEMACU KEMAKMURAN NEGARA”
 
Salam hormat,

DATO' SHAMSUL AZRI BIN ABU BAKAR
Ketua Pengarah
Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
Jabatan Perdana Menteri

Kemaskini Terakhir

Jumlah Pelawat

7653655
YesterdayYesterday22752
All_DaysAll_Days7653655

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768

fbx fb fbtt2