soalan lazim hubungi kami sistem maklumbalas peta laman
logo Ukas

Arkib Berita

🏢 Kategori Arkib Arkib Berita

22.4.2022 : PUTRAJAYA : Tan Sri Dr. Ali Hamsa disifatkan seorang tokoh pentadbir awam yang sangat disegani dan dihormati semasa dalam perkhidmatan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemergian Ketua Setiausaha Negara Ke-13 itu adalah kehilangan besar buat negara yang menabur jasa dan bakti sepanjang berkhidmat."Mewakili Keluarga Malaysia, saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan ini. 

Berita Penuh

22.4.2022 : Kuala Lumpur : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan ucapan takiziah kepada seluruh keluarga Tan Sri Dr Ali Hamsa atas pemergian bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) itu. Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Seri Paduka berdua menzahirkan perasaan sedih, sekali gus berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.

Berita Penuh

10.4.2022 : Kuala Lumpur : Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara 2021-2025 akan memberi banyak faedah sosioekonomi kepada Malaysia, termasuk mencipta 33,391 peluang pekerjaan, selain menyumbang RM151.5 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan semalam, berkata mesyuarat Majlis Sains Negara (NSC) yang dipengerusikannya kelmarin membincangkan pelan berkenaan yang wajar diaplikasikan kepada pelbagai industri.

Berita Penuh

17.4.2022 : Bera : Datuk Seri Ismail Sabri mengingatkan rakyat supaya terus melakukan kawalan kendiri apabila pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung kelak. Walaupun banyak kelonggaran diberi selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April lalu, Perdana Menteri mahu semua pihak terus mengutamakan penjagaan diri seperti lazimnya. 

Berita Penuh

10.4.2022 : PUTRAJAYA : Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara 2021-2025 perlu diguna pakai dalam pelbagai industri selari dengan Revolusi Industri 4.0 yang dijangka mampu mencipta 33,391 peluang pekerjaan selain menyumbang RM151.5 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri KAsar (KDNK) dalam tempoh lima tahun. Bidang pertanian pintar, tenaga boleh baharu, industri halal dan teknologi perubatan serta pembangunan produk nanoteknologi adalah antara bidang yang wajar memanfaatkan pelan berkenaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, jika usaha itu berjaya, ia akan memberi banyak faedah sosioekonomi kepada negara termasuk mencipta 33,391 peluang pekerjaan merangkumi pekerja berkemahiran tinggi (5,968 orang), separuh mahir (24,755 orang) dan kurang mahir sebanyak 2,668 orang.

Berita Penuh

Kemaskini Terakhir

Jumlah Pelawat

6543347
YesterdayYesterday16294
All_DaysAll_Days6543347

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768