Memastikan amalan dan prosedur yang seragam dalam perancangan dan pelaksanaan program/projek kerjasama awam swasta (PPP) berdasarkan dasar dan garis panduan yang digubal.
- Menggubal dan mengemas kini dasar berkaitan PPP yang komprehensif dari semasa ke semasa
- Menjalankan penyelidikan/kajian berterusan dan penambahbaikan program PPP
- Menyediakan Standard Operating Procedure dan Garis Panduan
- Memantau pelaksanaan kajian bagi program PPP
- Menjadi sumber rujukan bagi isu atau perkara-perkara yang menyentuh dasar penswastaan/PPP
- Mempromosikan program PPP
- Menjalinkan kerjasama dengan agensi tempatan dan antarabangsa
- Memberi khidmat nasihat kepada agensi Kerajaan dan pihak awam mengenai program PPP
- Butiran