soalan lazim hubungi kami sistem maklumbalas peta laman
logo Ukas

Arkib Berita

🏢 Kategori Arkib Arkib Berita

4.4.2023 : Putrajaya : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui masih wujud 'budaya lama' sesetengah pihak yang berurusan dengan kerajaan bagi mendapatkan komisen. Perdana Menteri berkata, budaya itu harus dibersihkan meskipun ia mengambil masa serta memerlukan kerjasama semua pihak. 

Berita Penuh

22.3.2023 : PUTRAJAYA : Proses tender projek tebatan banjir disegerakan sebagai usaha mengurangkan tekanan menghadapi bencana alam untuk tempoh akan datang. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican untuk menyegerakannya.

Berita Penuh

17.3.2023 : KUALA LUMPUR : Bidang kesihatan dan pendidikan menjadi dua keutamaan kerajaan pada masa kini ekoran kekangan kewangan negara yang berdepan defisit dan jumlah hutang yang banyak. Justeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, Belanjawan 2023 memfokuskan kedua-dua keperluan itu dengan memberikan peruntukkan lebih banyak untuk menyelesaikan masalah asas terlebih dahulu. 

Berita Penuh

17.3.2023 : Serdang : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya boleh digunakan secara percuma, bermula semalam hingga 21 Mac 2023. Perdana Menteri berkata, perkhidmatan percuma itu dari stesen MRT Kwasa Damansara hingga Putrajaya Sentral, ditawarkan sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya bermula jam 3 petang semalam.

Berita Penuh

7.3.2023 : PUTRAJAYA : Kakitangan awam negara ini cekap dan mampu menguruskan tugas-tugas besar membabitkan hal ehwal negara tanpa perlu bergantung kepada perunding luar. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berdasarkan pengalaman lapan tahun di Kementerian Kewangan sebelum ini, beliau menyaksikan sendiri kecekapan pegawai-pegawai kerajaan yang memimpin dan mengemudi projek besar dengan berjaya. Oleh itu kata Anwar, pentadbiran sekarang akan memberi kepercayaan dan mengembalikan semula tugas besar sedemikian kepada barisan penjawat awam.

Berita Penuh

Kemaskini Terakhir

Jumlah Pelawat

16356563
YesterdayYesterday43552
All_DaysAll_Days16356563

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768

fbx fb fbtt2