soalan lazim hubungi kami sistem maklumbalas peta laman
logo Ukas

Arkib Berita

🏢 Kategori Arkib Arkib Berita

14.6.2022 : Kuala Lumpur : Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam memutuskan lima langkah diambil bagi menjamin sekuriti makanan negara. Ia antara lain membabitkan kerjasama kerajaan dengan syarikat berkaitan kerajaan dan kerajaan negeri, kerjasama awam dan swasta serta jaminan pasaran bagi hasil pertanian diusahakan peladang dan petani. 

Berita Penuh

14.6.2022 : PUTRAJAYA : Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC) akan memainkan peranan dalam memastikan kualiti, kuantiti dan pengeluaran hasil makanan negara berada di tahap optimum. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai contoh bekalan dan harga ayam dapat dikawal sekiranya agensi kerajaan berkenaan terlibat dalam ekosistem industri penternakan bermula daripada membekal anak ayam, makanan, pengangkutan, pemasaran dan sebaganya.

Berita Penuh

31.5.2022 : PUTRAJAYA : Penyeliaan sektor ekonomi Islam dan industri halal negara akan disatukan di bawah Suruhanjaya Patuh Syariah dalam usaha mengawalnya secara lebih komprehensif. Pembentukannya mampu memenuhi misi negara dalam pemerkasaan aktiviti ekonomi Islam dan halal yang sebelum ini diselia secara berasingan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha itu antara inisiatif yang bakal dilaksanakan kerana ketika ini proses kawal selia dilaksanakan adalah agak terhad.

Berita Penuh

31.5.2022 : Putrajaya : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan penubuhan Suruhanjaya Patuh Syariah sebagai usaha komprehensif untuk menyatukan kawal selia pelbagai sektor berkaitan ekonomi halal dalam negara. Perdana Menteri berkata, usaha itu amat diperlukan memandangkan cadangan kawal selia sedia ada terhad kepada sektor kewangan Islam melalui Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti, manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengawal selia industri halal.

Berita Penuh

23.5.2022 : Kuala Lumpur : Rakyat Malaysia perlu mempunyai jati diri dalam memartabatkan bahasa Melayu dan membuktikan bahasa ibunda tidak mengekang kemajuan negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sambil mengingatkan bahawa penggunaan bahasa Melayu perlu dilaksanakan di semua jabatan dan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta di Malaysia, Perdana Menteri berkata, banyak negara sudah mencapai status maju walaupun mendaulatkan bahasa sendiri.

Berita Penuh

Kemaskini Terakhir

Jumlah Pelawat

16356212
YesterdayYesterday43552
All_DaysAll_Days16356212

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768

fbx fb fbtt2