Arkib Berita
8.8.2022 : KUCHING : Kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) menetapkan sasaran miskin tegar pada akhir tahun 2025 melalui Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, fasa pertama BMTKM di Bumi Kenyalang melibatkan empat lokaliti iaitu Gedong, Kampung Seberang Sebuyau, Kampung Spaoh dan Pakan.
Berita Penuh
- Butiran
3.8.2022 : Kuala Lumpur : Sebanyak 90 projek dan program penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan serta inovasi (R&D dan C&I) dengan kos berjumlah RM5.6 bilion diluluskan untuk sektor inovasi negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata, projek dan program terbabit diluluskan bagi tempoh 2021 hingga 2022 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Berita Penuh
- Butiran
22.7.2022 : Kuala Lumpur : Sebanyak 30 projek bernilai kira-kira RM100 juta daripada 7,243 projek pembangunan yang diluluskan tahun ini diputuskan untuk ditangguhkan, dalam usaha melaksanakan langkah penjimatan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kriteria projek yang ditangguhkan itu adalah projek baharu dan sedia ada yang belum dimulakan proses perolehan serta belum diiklankan. Selain itu, projek bukan keutamaan yang dikenal pasti, kecuali projek yang mempunyai impak segera kepada kesejahteraan rakyat serta projek baharu dan sedia ada yang menghadapi masalah pelaksanaan seperti isu tapak.
Berita Penuh
- Butiran
31.7.2022 : PUTRAJAYA : Selepas dua tahun majlis sambutan Hari Kebangsaan terpaksa dilupakan akibat pandemik Covid-19, tahun ini seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang dialu-alukan untuk bersama-sama menyemarakkan Hari Kebangsaan 2022. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi memeriahkan lagi ketibaan Bulan Kebangsaan, rakyat juga diminta menghiasi semua premis dengan Jalur Gemilang.
Berita Penuh
- Butiran
1.7.2022 : Petaling Jaya : Konsep Tasamuh (toleransi) atau berlapang dada, ditekankan kerajaan supaya menjadi sebahagian amalan kehidupan Keluarga Malaysia yang berbilang kaum dan agama, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata, Islam sentiasa menyeru kepada kebaikan, meningkatkan solidariti serta mahabbah (kasih sayang sesama manusia) selaras konsep terbabit.
Berita Penuh
- Butiran