Arkib Berita
17.4.2022 : Bera : Datuk Seri Ismail Sabri mengingatkan rakyat supaya terus melakukan kawalan kendiri apabila pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung kelak. Walaupun banyak kelonggaran diberi selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April lalu, Perdana Menteri mahu semua pihak terus mengutamakan penjagaan diri seperti lazimnya.
Berita Penuh
- Butiran
10.4.2022 : Kuala Lumpur : Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara 2021-2025 akan memberi banyak faedah sosioekonomi kepada Malaysia, termasuk mencipta 33,391 peluang pekerjaan, selain menyumbang RM151.5 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan semalam, berkata mesyuarat Majlis Sains Negara (NSC) yang dipengerusikannya kelmarin membincangkan pelan berkenaan yang wajar diaplikasikan kepada pelbagai industri.
Berita Penuh
- Butiran
5.4.2022 : Kuala Lumpur : Kerajaan semalam mengumumkan penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang yang menyaksikan konsesinya diambil alih 100 peratus oleh sebuah syarikat swasta bukan berasaskan keuntungan, Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR). Berikutan penstrukturan dan pengambilalihan itu, kadar tol empat lebuh raya itu, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) tidak akan dinaikkan dan kekal hingga tamat tempoh konsesi. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi itu selepas penelitian terperinci daripada semua aspek yang meliputi bebanan kepada pengguna, obligasi kerajaan selaras dengan perjanjian konsesi serta beban kewangan kerajaan.
Berita Penuh
- Butiran
10.4.2022 : PUTRAJAYA : Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara 2021-2025 perlu diguna pakai dalam pelbagai industri selari dengan Revolusi Industri 4.0 yang dijangka mampu mencipta 33,391 peluang pekerjaan selain menyumbang RM151.5 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri KAsar (KDNK) dalam tempoh lima tahun. Bidang pertanian pintar, tenaga boleh baharu, industri halal dan teknologi perubatan serta pembangunan produk nanoteknologi adalah antara bidang yang wajar memanfaatkan pelan berkenaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, jika usaha itu berjaya, ia akan memberi banyak faedah sosioekonomi kepada negara termasuk mencipta 33,391 peluang pekerjaan merangkumi pekerja berkemahiran tinggi (5,968 orang), separuh mahir (24,755 orang) dan kurang mahir sebanyak 2,668 orang.
Berita Penuh
- Butiran
5.4.2022 : PUTRAJAYA : Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar tol empat lebuh raya di Lembah Klang tidak akan dinaikkan dan kekal sehingga tamat tempoh konsesi. Perdana Menteri berkata, keputusan tiada kenaikan kadar tol berkenaan dibuat selepas kerajaan bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya itu.
Berita Penuh
- Butiran