Arkib Berita
19.10.2024 : Kuala Lumpur : Belanjawan 2025 dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam disifatkan antara rancangan perbelanjaan terbaik negara yang sarat dengan inisiatif untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat, pengagihan hasil negara secara adil dan menyeluruh serta memperkukuhkan ekonomi.
Berita Penuh
- Butiran
12.10.2024 : VIENTIANE : Malaysia sekali lagi diberi pengiktirafan menjadi pengerusi bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 pada tahun depan. Peluang itu membolehkan Malaysia mengetuai rantau ASEAN dalam memperkukuhkan kerjasama dengan kuasa besar dunia, terutamanya dalam menangani cabaran dan global yang semakin mendesak. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penubuhan ASEAN hampir enam dekad itu adalah atas dasar keamanan, kestabilan serta kemakmuran, justeru Malaysia selaku pengerusi akan meneroka dan meluaskan perkongsian ekonomi di luar sempadan.
Berita Penuh
- Butiran
10.10.2024 : PETALING JAYA : Beberapa projek infrastruktur yang tidak pernah mendapat perhatian meluas dijangka berpotensi untuk dibentangkan di dalam Belanjawan 2025, menurut RHB Investment Bank Bhd. Penganalisisnya, Adam Mohamed Rahim berkata, Pelan Induk Perkongsian Awam-Swasta 2030 (PIKAS 2030) yang dilancarkan pada September menandakan hasrat kerajaan untuk mempercepatkan pengembangan infrastruktur dengan memanfaatkan sumber sektor swasta.
Berita Penuh
- Butiran
10.10.2024 : Beberapa projek infrastruktur yang kurang mendapat perhatian meluas dijangka berpotensi untuk dibentangkan dalam Belanjawan 2025 nanti. Menurut penganalisis RHB Research, Adam Mohamed Rahim, Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 (PIKAS 2030) yang dilancarkan pada September lalu menandakan hasrat kerajaan untuk mempercepatkan perluasan infrastruktur dengan memanfaatkan sumber daripada sektor swasta.
Berita Penuh
- Butiran
10.9.2024 : Cyberjaya : Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap projek dalam Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) diterapkan prinsip tatakelola yang tetap, tegas dan tidak bertolak ansur terhadap sebarang kecurangan. Perdana Menteri berkata, sebarang projek penswastaan juga perlu mengambil kira tiga perkara utama iaitu kadar upah, perumahan dan aspek pendidikan anak pekerja.
Berita Penuh
- Butiran