12.10.2024 : VIENTIANE : Malaysia sekali lagi diberi pengiktirafan menjadi pengerusi bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 pada tahun depan. Peluang itu membolehkan Malaysia mengetuai rantau ASEAN dalam memperkukuhkan kerjasama dengan kuasa besar dunia, terutamanya dalam menangani cabaran dan global yang semakin mendesak. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penubuhan ASEAN hampir enam dekad itu adalah atas dasar keamanan, kestabilan serta kemakmuran, justeru Malaysia selaku pengerusi akan meneroka dan meluaskan perkongsian ekonomi di luar sempadan.
Berita Penuh
- Butiran