Arkib Berita
3.12.2024 : PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan satu tindakan susulan pasca banjir dilaksanakan mulai pertengahan bulan ini selepas peruntukan tambahan disalurkan bagi kerja-kerja pemulihan di negeri-negeri terjejas akibat bencana itu. Perdana Menteri berkata, beliau berbangga dengan perkhidmatan yang ditunjukkan seluruh jentera kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, ini termasuk Skuad Ihsan Madani yang digerakkan Ketua Setiausaha Negara yang turut sama terlibat menyantuni mangsa-mangsa banjir.
Berita Penuh
- Butiran
25.11.2024 : Kuala Lumpur : Semua penjawat awam perlu meningkatkan kualiti kerja seiiring dengan pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan bermula 1 Disember ini. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata dalam SSPA, tidak ada lagi ruang untuk sesiapa sahaja menjadi malas, culas atau cuai. Beliau berkata, sektor awam kini perlu berubah dengan penambahbaikan berbanding berada pada takuk lama.
Berita Penuh
- Butiran
18.11.2024 : Putrajaya : Esok, genap 100 hari Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke-16. Beliau dilantik secara rasmi pada 12 Ogos lalu, membawa tekad memperkukuh matlamat reformasi perkhidmatan awam bagi meningkatkan kecekapan penjawat awam dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Shamsul Azri mendedahkan, arahan pertama diterimanya daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam pengumuman pelantikan pada 7 Ogos adalah mesej ringkas, tetapi jelas.
Berita Penuh
- Butiran
24.11.2024 : Kuala Lumpur : Deklarasi Kuala Lumpur-Tekad Bersama Perkhidmatan Awam Malaysia menjadi komitmen penjawat awam seluruh negara untuk menyokong sepenuhnya agenda reformasi perkhidmatan awam, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Berita Penuh
- Butiran
13.11.2024 : PUTRAJAYA : Prestasi Projek Pembangunan Rolling Plan (RP) 4 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sehingga merekodkan pencapaian sebanyak 65.82 peratus atau RM59.24 bilion. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pencapaian itu dicatatkan setakat 4 November lalu daripada RM90 bilion yang diperuntukan.
Berita Penuh
- Butiran