18.11.2024 : Putrajaya : Esok, genap 100 hari Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke-16. Beliau dilantik secara rasmi pada 12 Ogos lalu, membawa tekad memperkukuh matlamat reformasi perkhidmatan awam bagi meningkatkan kecekapan penjawat awam dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Shamsul Azri mendedahkan, arahan pertama diterimanya daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam pengumuman pelantikan pada 7 Ogos adalah mesej ringkas, tetapi jelas.
Berita Penuh
- Butiran