Arkib Berita
16.12.2021 : PUTRAJAYA : Sejumlah 1.3 juta penjawat awam dan sejuta pesara menerima bayaran bantuan khas kewangan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.3 bilion yang dikreditkan dalam akaun masing-masing bersekali dengan gaji Januari ini.
Berita Penuh
- Butiran
16.12.2021 : PETALING JAYA : Majlis Air Negara (MAN) menyarankan tindakan segera diambil dalam perancangan pembangunan negara dengan mengambil kira faktor kesan perubahan iklim yang berlaku ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu perlu bagi mengelakkan peningkatan kerosakan harta-benda dan kehilangan nyawa.
Berita Penuh
- Butiran
14.12.2021 : Prospek pertumbuhan ekonomi negara pada 2022 dijangka lebih baik sejajar dengan perkembangan positif dicatatkan dalam beberapa sektor ekonomi utama, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed. Beliau berkata, terdapat bukti meluas yang memperlihatkan pemulihan berterusan dalam perdagangan dan pelaburan serta penggunaan domestik.
Berita Penuh
- Butiran
16.12.2021 : Putrajaya : Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony J Blinken, memuji kepemimpinan Malaysia dalam mengendalikan pandemik COVID-19 serta menghargai sumbangan negara ini kepada COVAX, iaitu inisiatif global untuk perkongsian vaksin. Blinken berkata, hasil kepemimpinan negara dan kejayaan itu membolehkan Malaysia kini mempunyai keupayaan untuk menyumbang pula lebihan vaksin kepada negara yang memerlukan dan memberi sumbangan kepada COVAX.
Berita Penuh
- Butiran
14.12.2021 : Kuala Lumpur : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengulangi jaminan usaha membantu seluruh Keluarga Malaysia akan diteruskan di samping memastikan kemampanan kedudukan kewangan kerajaan. Perdana Menteri berkata, agenda pemulihan mampan akan diselaras dengan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan semua usaha itu bertumpu kepada pembangunan teknologi tinggi, inovasi dan kemampanan dalam sektor berpotensi pertumbuhan tinggi.
Berita Penuh
- Butiran