Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Cadangan Perolehan Helikopter Untuk Kegunaan Kementerian/Agensi Kerajaan

Pengangkutan & Penyimpanan
Perkhidmatan dan Pajakan
Jabatan Perdana Menteri (JPM)
RMKe-12
Seluruh negara
- Perolehan Helikopter Melalui Kaedah Pajakan Aset Untuk Kegunaan Kementerian/Agensi Kerajaan bertujuan untuk memastikan agensi-agensi Keselamatan dan Ketenteraman Awam Negara mendapat perkhidmatan helikopter pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi bagi memastikan kelancaran pelaksanaan operasi dan penugasan.
- Inisiatif
ini membolehkan penyediaan helikopter untuk keperluan kecemasan dengan lebih
pantas dan mempercepatkan pergerakan operasi udara supaya pihak kerajaan boleh
memberi bantuan atau bertindak segera apabila berlaku sebarang kecemasan di
dalam atau luar negara.
- Selain itu, kaedah pajakan aset ini memastikan ketersediaan kemudahan helikopter yang lebih canggih dan versatil untuk pelbagai jenis tugasan, terutamanya dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa kemalangan atau bencana alam; serta mengukuhkan keupayaan pasukan keselamatan untuk memantau ruang udara dan menjaga kedaulatan negara.
