OBJEKTIF
Memastikan rundingan dan pelaksanaan projek-projek di bawah PPP (termasuk Dana Mudahcara) dilaksanakan dengan jayanya mengikut tempoh masa yang ditetapkan; dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Awam Swasta (JKAS) dilaksanakan dengan teratur.
FUNGSI
Seksyen ini bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi-fungsi berikut:
- Memantau pencapaian prestasi rundingan (pre) dan pelaksanaan (post) projek PPP (termasuk Dana Mudah Cara) mengikut tempoh masa (timeline) yang telah ditetapkan;
- Menyelaras Laporan Status Rundingan (pre) dan Pelaksanaan (post) Projek PPP (termasuk Dana Mudah Cara);
- Mengurus dan mengemaskini pangkalan data projek;
- Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek bersama YAB Perdana Menteri, Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Pihak Pengurusan UKAS;
- Menyedia, memantau dan menyelaras laporan Key Performance Indicator pelaburan swasta bagi Y. B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan UKAS;
- Menganjur lawatan tapak projek bagi Pengurusan Atasan UKAS;
- Menyelaras Pembentangan Kertas Cadangan Projek-projek PPP ke dalam Mesyuarat JKAS;
- Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Awam Swasta (JKAS);
- Mengurus peruntukan Dana Mudahcara (Facilitation Fund); dan
- Merunding dan mentadbir penjanjian berhubung Dana Mudahcara.
