OBJEKTIF
Memastikan pelaksanaan program-program PPP bagi sektor Lebuhraya, Rel dan Perkhidmatan Bandar berkesan dan mencapai matlamat Kerajaan seperti berikut:
- Mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi melalui peningkatan pelaburan dan jalinan kerjasama pintar antara sektor awam dan swasta;
- Memperoleh Value for Money melalui kos yang efektif dan pengagihan risiko yang optimum;
- Meningkatkan kecekapan dan produktiviti;
- Mengoptimum sumber kewangan negara dan kepakaran sektor awam dan swasta; dan
- Mengenalpasti business model baru yang inovatif bagi pelaksanaan projek-projek PPP bagi mewujudkan jalinan kerjasama yang mapan antara sektor awam dan swasta.
FUNGSI
Merancang, menilai, menyelaras, merunding dan memantau pelaksanaan projek-projek kerjasama awam swasta dalam sektor Lebuhraya, Rel dan Perkhidmatan Bandar melalui aktiviti-aktiviti berikut:
- Memproses dan meneliti cadangan awal dan need statement projek;
- Menyelaras penyediaan dokumen tender projek;
- Menilai cadangan kewangan projek bagi menepati konsep value for money;
- Merunding terma dan syarat perjanjian konsesi dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara dan agensi berkaitan;
- Menyediakan draf perjanjian konsesi;
- Menyediakan Kertas Jemaah Menteri bagi memperakukan terma dan syarat perjanjian yang telah dimuktamadkan; dan
- Menangani isu-isu pelaksanaan projek yang telah diswastakan dan menilai sama ada hendak diteruskan sebagai projek penswastaan ataupun sebaliknya.
