Seksyen Undang - Undang

OBJEKTIF
Memberi nasihat perundangan yang berkualiti, profesional dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia dalam masa yang ditetapkan dengan mengambil kira kepentingan awam, keadilan dan manfaat kepada negara.
FUNGSI
  1. Memberi nasihat undang-undang mengenai semua bidang undang-undang berkenaan dengan perkara yang dirujuk.
  2. Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian penswastaan, memorandum persefahaman dan dokumen perundangan lain yang mana Kerajaan merupakan salah satu pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi.
  3. Membantu mentafsir undang-undang apabila dikehendaki.
  4. Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara undang-undang apabila dikehendaki.
  5. Menyertai rundingan perjanjian berkenaan dengan projek Kerajaan terutamanya projek penswastaan dan kerjasama awam swasta; dan
  6. Menghadiri mesyuarat dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan adalah menurut kehendak undang-undang.