OBJEKTIF
Memastikan pegawai UKAS mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotism dan membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi dalam kalangan penjawat awam.
FUNGSI
Seksyen Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh Jabatan untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Seksyen ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:
- Tadbir Urus - Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;
- Pengukuhan Integriti - Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;
- Pengesanan dan Pengesahan - Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil dan melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
- Pengurusan Aduan - Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;
- Pematuhan - Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
- Tatatertib - Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
