Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab - tanggungjawab dan memberi perkhidmatan dengan penuh dedikasi, berkualiti dan profesional melalui dasar yang progmatik kepada pelanggan - pelanggan:
i. Memaklumkan keputusan terhadap permohonan projek PPP dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan tertakluk kepada perakuan:
a. Jawatankuasa Kerjasama Awam Swasta; atau
b. Jemaah Menteri
ii. Merunding terma dan syarat-syarat serta memuktamadkan perjanjian/perjanjian tambahan projek PPP/Dana Mudahcara yang lengkap dan teratur dalam tempoh dua belas (12) bulan selepas tarikh kelulusan prinsip tertakluk kepada persetujuan pihak-pihak yang terlibat dan perjanjian disahkan oleh Jabatan Peguam Negara.
iii. Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh 20 hari bekerja dari tarikh memorandum diterima daripada Kementerian/Agensi. Namun, jika Memorandum Jemaah Menteri yang memerlukan pertimbangan dan keputusan serta merta, ulasan tersebut perlu disediakan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh Memorandum diterima daripada Kementerian/Agensi.
iv. Memberi maklum balas awal terhadap aduan yang diterima dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
