Seksyen Sosial

OBJEKTIF
Memastikan pelaksanaan program-program PPP bagi sektor sosial, pendidikan dan kesihatan adalah berkesan dan mencapai matlamat Kerajaan seperti berikut:
  1. Mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi melalui peningkatan pelaburan dan jalinan kerjasama pintar antara sektor awam dan swasta;
  2. Memperoleh value for money melalui kos yang efektif dan pengagihan risiko yang optimum;
  3. Meningkatkan kecekapan dan produktiviti;
  4. Mengoptimumkan sumber kewangan negara dan kepakaran sektor awam dan swasta; dan
  5. Mengenalpasti model perniagaan (business model) baru yang inovatif bagi pelaksanaan projek-projek PPP untuk mewujudkan jalinan kerja yang mapan antara sektor awam dan swasta.
FUNGSI
Merancang, menilai, menyelaras, merunding dan memantau pelaksanaan projek-projek kerjasama awam swasta dalam sektor sosial, pendidikan dan kesihatan melalui aktiviti-aktiviti berikut:
  1. Memproses dan meneliti cadangan awal dan need statement projek;
  2. Menyelaras penyediaan dokumen tender projek;
  3. Menilai cadangan kewangan projek bagi menepati konsep value for money;
  4. Merunding terma dan syarat perjanjian konsesi dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara dan agensi berkaitan;
  5. Menyediakan draf perjanjian konsesi;
  6. Menyediakan Kertas Jemaah Menteri bagi memperakukan terma dan syarat perjanjian yang telah dimuktamadkan; dan
  7. Menangani isu-isu pelaksanaan projek yang telah diswastakan dan menilai sama ada hendak diteruskan sebagai projek penswastaan ataupun sebaliknya.