UNIT DASAR
OBJEKTIF
Menggubal dasar PPP, menyediakan Garis Panduan, serta memberikan khidmat nasihat, kepakaran, dan rundingan kepada agensi Kerajaan, sektor awam dan swasta berhubung dengan PPP.
FUNGSI
- Menggubal dasar baharu dan mengemaskini dasar sedia ada berkaitan PPP dari semasa ke semasa;
- Menyediakan Garis Panduan dan Standard Operation Procedure berkaitan PPP;
- Menyelaras dan memberi khidmat nasihat, kepakaran dan rundingan kepada agensi Kerajaan, pihak awam dan swasta berkaitan PPP.
UNIT CENTER OF EXCELLENCE (COE)
OBJEKTIF
Menyelaras kegiatan/aktiviti pembangunan kapasiti berkaitan PPP dan mengukuhkan jaringan kerjasama dengan pemegang taruh dalam dan luar negara.
FUNGSI
- Melaksanakan aktiviti dan program pembangunan kapasiti berkaitan PPP untuk warga UKAS dan pihak berkepentingan;
- Meningkatkan kolaborasi dan jaringan kerjasama berkaitan PPP dengan sektor awam, swasta dan akademia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
- Mengenal pasti dan mengumpul data dan maklumat berkaitan PPP, menyebar luas amalan terbaik pelaksanaan PPP dari negara lain dan menjadi sumber rujukan bagi isu atau perkara yang berkait dengan dasar PPP.
UNIT DANA
OBJEKTIF
Menyelaras Program Dana Mudahcara dan Dana Mudahcara Infrastruktur.
FUNGSI
- Merunding permohonan rayuan Dana Mudahcara dan pindaan terma-terma perjanjian Dana Mudahcara serta memeterai dan mentadbir Perjanjian/Perjanjian Tambahan Dana Mudahcara;
- Menyelaras dan mengurus peruntukan serta penyaluran Dana Mudahcara dan Dana Mudahcara Infrastruktur;
- Memantau pelaksanaan projek Dana Mudahcara.
