Seksyen Khidmat Pengurusan

UNIT PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ASET
OBJEKTIF
Melaksanakan hal ehwal pentadbiran am organisasi dan pengurusan aset UKAS berdasarkan prosedur dan garis panduan semasa yang ditetapkan bagi memastikan fungsi agensi dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
FUNGSI
Memastikan pengurusan ruang pejabat dan peralatan pejabat dijalankan dengan teratur dan sempurna;
  1. Memastikan dan menyelaras keselamatan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, Arahan Keselamatan dan Akta Arkib Negara;
  2. Menguruskan pelaksanaan DDMS;
  3. Memastikan pengurusan keselamatan pejabat dan bangunan dijalankan dengan teratur dan sempurna;
  4. Memastikan urusan Parlimen dilaksanakan dengan teratur;
  5. Memastikan pelaksanaan program kualiti dan dasar inovasi;
  6. Memastikan setiap aset/barang stor yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan, kualiti dan kuantiti yang dipesan mengikut pesanan dan aset/barang stor yang diterima dalam keadaan baik, sempurna dan selamat untuk digunakan.
UNIT SUMBER MANUSIA
OBJEKTIF
Melaksanakan hal ehwal pengurusan sumber manusia dan pembangunan organisasi UKAS berdasarkan pekeliling, surat arahan dan garis panduan semasa yang ditetapkan bagi memastikan fungsi agensi dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
FUNGSI
  1. Melaksana penelitian ke atas dasar-dasar perkhidmatan dan strategi baharu program pengurusan dan pembangunan sumber manusia termasuk hal ehwal perjawatan seperti pengisian dan pengemaskinian jawatan, urusan penempatan dan pertukaran, pengesahan lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen Mengurus urusan pembangunan organisasi dan penstrukturan semula Jabatan; pengurusan cuti, dokumentasi berkaitan faedah persaraan seperti pencen dan ganjaran; urusan pencen, tanggung kerja, permohonan elaun dan urusan perkhidmatan lain di bawah MyPPSM;
  2. Menyelaras pelaksanaan penilaian prestasi tahunan termasuklah sistem MyKPI untuk Pengurusan Tertinggi dan MyPerformance;
  3. Melaksana dan memantau KPI HRMIS, urus setia Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ); dan
  4. Merancang, membangun dan melaksanakan pembangunan kompetensi sumber manusia [Training Need Analysis (TNA)], Pelan Operasi Latihan (POL).
UNIT KEWANGAN
OBJEKTIF
Mentadbir urus pengurusan kewangan dan akaun Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) bagi memastikan hal ehwal kewangan dilaksanakan secara berhemah mengikut tatacara dan prosedur kewangan yang ditetapkan.
FUNGSI
  1. Mengurus urusan kewangan dan belanjawan bagi memastikan jabatan mendapat peruntukan kewangan yang mencukupi untuk melancarkan pelaksanaan fungsi yang ditetapkan;
  2. Membantu menyelaras dan memberi khidmat nasihat pengurusan perakaunan bayaran dan terimaan bagi memastikan ianya dilaksanakan mengikut peraturan yang berkuatkuasa dalam tempoh yang ditetapkan; dan
  3. Memantau tugas-tugas pengurusan kewangan dan perakaunan menggunakan aplikasi sistem iGFMAS dan ePerolehan bagi memastikan hal ehwal kewangan dibuat dengan berhemah mengikut tatacara kewangan yang ditetapkan.
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
OBJEKTIF
Memastikan tadbir urus ICT mematuhi tatacara dan prosedur yang ditetapkan, perkhidmatan digital Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) berada dalam keadaan baik dan keselamatan maklumat adalah terjamin.
FUNGSI
  1. Mengurus setia mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT UKAS, mesyuarat Bersama Ketua Pegawai Digital (CDO) dan mesyuarat Laman Web UKAS;
  2. Merancang, melaksana dan memantau Pelan Strategik Pendigitalan UKAS, Pelan Kesinambungan Perkhidmatan dan Dasar Keselamatan ICT;
  3. Merancang dan melaksana urusan perolehan ICT dan jualan dokumen tender request for proposal (RFP);
  4. Merancang dan menyelenggara perkhidmatan digital gunasama, perkakasan ICT dan perisian ICT;
  5. Merancang, membangun dan menyelenggara laman web, aplikasi generik dan aplikasi teras; dan
  6. Merancang dan melaksana reka bentuk grafik dan multimedia, latihan ICT, pinjaman aset ICT, sokongan teknikal ICT dan pengurusan aduan ICT.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT DAN PUSAT SUMBER
OBJEKTIF
Menguruskan hal ehwal promosi dan publisiti berkaitan UKAS melalui strategi komunikasi yang komprehensif termasuk menyelaras maklum balas aduan/cadangan pelanggan serta menawarkan perkhidmatan pusat sumber berkaitan bahan penerbitan PPP yang lengkap dan sistematik.
FUNGSI
  1. Mengurus dan menyelaraskan aduan, pertanyaan dan cadangan yang diterima oleh UKAS melalui SISPAA dan pelbagai saluran komunik UKAS;
  2. Merancang dan melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan Dalaman dan Luaran UKAS secara tahunan;
  3. Menyelaras dan memantau pencapaian Piagam Pelanggan UKAS bersamasama Seksyen/Unit;
  4. Bertindak sebagai penyelaras dalam pelaksanaan pelan media berhubung publisiti dan promosi bagi dasar dan aktiviti Jabatan melalui platform media massa dan media baharu untuk tujuan penyampaian maklumat perkhidmatan UKAS;
  5. Menyelaras jawapan bagi soalan Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) iaitu Lisan, Bukan Lisan, Usul, Kamar Khas dan Masa Pertanyaan Menteri (MQT);
  6. Mengumpul, mengurus dan menyimpan bahan bacaan yang dihasilkan dan diterima oleh UKAS;
  7. Menyediakan fasiliti serta perkhidmatan perpustakaan mengikut kesesuaian kepada pengguna; dan
  8. Mempertingkatkan penglibatan Warga UKAS dalam aktiviti/program berkaitan bidang pembacaan dan keilmuan.