Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS

Pelaksanaan Perluasan Sistem Pentadbiran Tanah Secara Elektronik (e-Tanah) di Melaka


Maklumat & Komunikasi


Bina-Selenggara-Pindah (BMT)


Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)


RMKe-12


Melaka

  • Bagi melestarikan transformasi digital dalam tadbir urus tanah negeri, pengintegrasian sistem e-Tanah dilaksanakan dan dijangka berupaya memodenkan proses pendaftaran, kutipan hasil dan pemantauan data hartanah secara masa nyata. Ini secara langsung dapat menyokong pertumbuhan ekonomi serta pembangunan mampan di negeri Melaka.
  • Perjanjian konsesi telah ditandatangani pada 8 November 2024 melibatkan wakil Kerajaan Persekutuan iaitu NRES, wakil Kerajaan Negeri Melaka yang disempurnakan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Melaka, serta syarikat Puncak Tegap Sdn. Bhd selaku syarikat konsesi bagi e-Tanah di seluruh negeri terlibat.

  • Sistem sedang dalam tempoh pembangunan yang ditetapkan selama 2 tahun namun dijangka go-live pada suku pertama tahun 2027 memandangkan status pembangunan terkini yang melebihi jadual pelaksanaan projek. Sistem akan beroperasi selama 12 tahun dan di akhir konsesi akan diserahkan kepada pihak Kerajaan Negeri Melaka selaku pengguna kepada sistem tersebut.