Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Pelaksanaan Perluasan Sistem Pentadbiran Tanah Secara Elektronik (e-Tanah) di Kedah

Maklumat & Komunikasi
Bina-Selenggara-Pindah (BMT)
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
RMKe-12
Kedah
- Bagi melestarikan transformasi digital dalam tadbir urus tanah negeri, pengintegrasian sistem e-Tanah dilaksanakan dan dijangka berupaya memodenkan proses pendaftaran, kutipan hasil dan pemantauan data hartanah secara masa nyata. Ini secara langsung dapat menyokong pertumbuhan ekonomi serta pembangunan mampan di negeri Kedah.
- Perjanjian konsesi telah ditandatangani pada 8 Disember 2024 melibatkan wakil Kerajaan Persekutuan iaitu NRES, wakil Kerajaan Negeri Kedah yang disempurnakan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, serta syarikat Puncak Tegap Sdn. Bhd selaku syarikat konsesi bagi e-Tanah di seluruh negeri terlibat.
- Sistem
sedang dalam tempoh pembangunan yang ditetapkan selama 2 tahun dan dijangka go-live
pada tahun suku ketiga tahun 2027. Sistem akan beroperasi selama 12 tahun dan di akhir
konsesi akan diserahkan kepada pihak Kerajaan Negeri Kedah selaku pengguna
kepada sistem tersebut.
