Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Persimpangan Strathairlie di Lebuhraya Koridor Guthrie (Guthrie Corridor Expressway - GCE)

Pengangkutan & Penyimpanan
Bina-Kendali-Pindah (BOT)
Kementerian Kerja Raya (KKR)
RMKe-12
Selangor
- Projek pembinaan Persimpangan Strathairlie oleh syarikat konsesi PROLINTAS Expressway Sdn. Bhd. di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) bertujuan menyediakan akses yang lebih mudah ke kawasan pembangunan baharu, melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan di lebuh raya berkenaan.
- Perjanjian konsesi dimeterai
antara Kerajaan dan syarikat konsesi pada 12 Oktober 2022, diikuti perjanjian
tambahan pertama pada 4 Januari 2010 dan perjanjian tambahan kedua pada 12
Oktober 2022.
- Persimpangan baharu ini dibina di KM18.7 GCE, kira-kira 2 km dari Persimpangan Paya Jaras menuju ke Persimpangan Kuang, bagi memperkukuh rangkaian jalan raya sedia ada dan meningkatkan hubungan akses setempat.
- Inisiatif ini dijangka
meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kelancaran perjalanan pengguna jalan
raya.
