Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Pelaksanaan Perluasan Sistem Pentadbiran Tanah Secara Elektronik (e-Tanah) di Pahang

Maklumat & Komunikasi
Bina-Selenggara-Pindah (BMT)
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
RMKe-12
Pahang
- Sistem Pentadbiran Tanah Secara Elektronik (e-Tanah) diwujudkan bagi mengkoordinasi pelaksanaan pengurusan tanah di negeri Pahang termasuk mendigitalkan urusan berkaitan tanah di bawah Kanun Tanah Negara secara bersepadu, sekali gus meningkatkan ketelusan, kepantasan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.
- Bagi melestarikan transformasi digital dalam tadbir urus tanah negeri, pengintegrasian sistem e-Tanah dilaksanakan dan dijangka berupaya memodenkan proses pendaftaran, kutipan hasil dan pemantauan data hartanah secara masa nyata. Ini secara langsung dapat menyokong pertumbuhan ekonomi serta pembangunan mampan di negeri Pahang.
- Perjanjian konsesi telah ditandatangani pada 7 Februari 2026 melibatkan wakil Kerajaan Persekutuan iaitu NRES, wakil Kerajaan Negeri Pahang yang disempurnakan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang, serta syarikat Puncak Tegap Sdn. Bhd selaku syarikat konsesi bagi e-Tanah di seluruh negeri terlibat.
- Sistem sedang dalam tempoh pemenuhan syarat duluan yang ditetapkan selama 6 bulan (berakhir pada 6 Ogos 2026). Tempoh pembangunan ditetapkan selama 2 tahun dan dijangka go-live pada tahun suku keempat tahun 2028. Sistem akan beroperasi selama 12 tahun dan di akhir konsesi akan diserahkan kepada pihak Kerajaan Negeri Pahang selaku pengguna kepada sistem tersebut.
