Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Pelaksanaan Perluasan Sistem Pentadbiran Tanah Secara Elektronik (e-Tanah) di Pulau Pinang

Maklumat & Komunikasi
Bina-Selenggara-Pindah (BMT)
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
RMKe-12
Pulau Pinang
- Bagi melestarikan transformasi digital dalam tadbir urus tanah negeri, pengintegrasian sistem e-Tanah dilaksanakan dan dijangka berupaya memodenkan proses pendaftaran, kutipan hasil dan pemantauan data hartanah secara masa nyata. Ini secara langsung dapat menyokong pertumbuhan ekonomi serta pembangunan mampan di negeri Pulau Pinang.
- Perjanjian konsesi telah ditandatangani pada 1 Disember 2025 melibatkan wakil Kerajaan Persekutuan iaitu NRES, wakil Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang disempurnakan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, serta syarikat Puncak Tegap Sdn. Bhd selaku syarikat konsesi bagi e-Tanah di seluruh negeri terlibat.
- Sistem
sedang dalam tempoh pembangunan yang ditetapkan selama 2 tahun dan dijangka go-live
pada tahun suku kedua tahun 2028. Sistem akan beroperasi selama 12 tahun dan di akhir konsesi akan
diserahkan kepada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang selaku pengguna kepada
sistem tersebut.
