Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Kontrak Perkhidmatan Pengurusan dan Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Kerajaan Persekutuan (BGKP) Bagi Zon Tengah

Perkhidmatan Kerajaan
Kontrak Pengurusan
Kementerian Kerja Raya (KKR)
RMKe-12
Kuala Lumpur & Selangor
- Penswastaan Bangunan Gunasama di Zon Tengah (Kuala Lumpur & Selangor) adalah untuk perkhidmatan penyelenggaraan bangunan, pembersihan, kawalan keselamatan dan program pembaikan serta penggantian aset kritikal (Critical Asset Refurbishment Programme - CARP).
- Perjanjian konsesi telah ditandatangani dengan syarikat Petekma
Niaga Sdn. Bhd. pada 21 Ogos 2025 bagi tempoh selama 10 tahun.
- Inisiatif ini dapat menjaga bangunan dan membaiki kerosakan aset fizikal kerajaan dengan cara yang betul agar tidak cepat rosak dan boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang mengikut standard kualiti yang telah ditetapkan.
STATUS SEMASA
- Projek ini masih dalam pelaksanaan.
- Perjanjian Konsesi (Concession
Agreement – CA) BGKP Zon Tengah telah ditandatangani di antara pihak Kerajaan
(KKR) dan pihak syarikat Petekma Niaga Sdn. Bhd. (Petekma Niaga SB) pada 21
Ogos 2025.
- Syarikat telah memasuki tapak
dan memulakan kerja-kerja perkhidmatan mulai 1 September 2025.
