Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS

Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (New Pantai Expressway - NPE)


Pengangkutan & Penyimpanan


Bina-Kendali-Pindah (BOT)


Kementerian Kerja Raya (KKR)


RMKe-12


Kuala Lumpur

  • Pelaksanaan Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (Sambungan NPE) akan menghubungkan Lebuhraya NPE sedia ada dari Plaza Tol Pantai Dalam ke arah Jalan Syed Putra di kawasan Mid Valley dan terus ke Jalan Istana, menyambung ke Lebuhraya LIKE.
  • Cadangan projek sambungan Lebuhraya NPE merupakan sebahagian daripada Highway Network Development Plan 2030 (HNDP 2030) yang mampu menyuraikan trafik, mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menghubungkan antara lebuh raya ke lebuh raya.  Projek sambungan Lebuhraya NPE juga adalah signifikan kepada agenda pembangunan infrastruktur negara seperti mana terkandung di dalam Pelan Induk Trafik Kuala Lumpur 2040.
  • Perjanjian konsesi telah ditandatangani dengan syarikat New Pantai Expressway Sdn. Bhd. pada 22 Ogos 2025 bagi tempoh selama 27 tahun.