Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS

Pembangunan Semula Tapak Kem Kinrara, Mukim Petaling, Selangor


Perkhidmatan Kerajaan


Pertukaran Tanah


Kementerian Pertahanan (MINDEF)


RMKe-12


Selangor

  • Menerusi Agenda Pembangunan Fasiliti-fasiliti Baharu untuk Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor, pembangunan semula tapak Kem Kinrara di Mukim Petaling, Selangor telah berjaya direalisasikan menerusi model pertukaran tanah yang holistik bagi memastikan aset strategik negara berada pada tahap kefunsian yang optimum.


  • Perjanjian telah ditandatangani di antara Kementerian Pertahanan, Syarikat Tanah dan Harta serta syarikat Kelana Ventures Sdn. Bhd. pada 27 Mac 2025.

 

  • Pengurusan rundingan kontrak serta penyelarasan teknikal bagi projek pertukaran tanah di Selangor telah membolehkan proses peralihan aset dilaksanakan secara telus, teratur dan berkesan. Kejayaan ini bukan sahaja memastikan kepentingan Kerajaan terus terpelihara, malah turut memberikan nilai tambah yang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi setempat serta menyokong kelestarian dan pemodenan fasiliti pertahanan negara.