Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Pembinaan Loji Rawatan Sisa Pepejal Waste - to - Energy (WTE) di Sungai Udang, Melaka

Perkhidmatan Kerajaan
Bina-Kendali-Milik (BOO)
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
RMKe-13
Melaka
- Kerajaan Malaysia giat memperkukuhkan agenda pembangunan mampan dengan meluaskan pembangunan loji Waste-to-Energy (WTE) di seluruh negara sebagai langkah mengurangkan kebergantungan terhadap tapak pelupusan sampah serta menjana tenaga alternatif yang lebih mesra alam, selaras dengan usaha mencapai kelestarian alam sekitar, pengurusan sisa pepejal yang lebih efisien dan pengurangan pelepasan karbon, terutamanya di negeri Melaka.
- Pembinaan Loji Rawatan Sisa Pepejal WTE di Sungai Udang, Melaka dibina secara komprehensif dengan mengintegrasikan teknologi penukaran sisa kepada tenaga dengan janaan kasar tenaga pada 22 MW serta mempunyai keupayaan memproses sisa pepejal sebanyak 1,000 tan sehari.
- Perjanjian konsesi ini telah ditandatangani dengan melibatkan wakil Kerajaan Persekutuan oleh KPKT dan syarikat Sungai Udang WTE Sdn Bhd, iaitu SPV yang ditubuhkan dengan hasil usaha sama Malakoff Corporation Berhad dan Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd.
- Projek konsesi ini masih dalam pelaksanaan dan dijagka akan siap pada suku akhir tahun 2026.
- Projek akan melibatkan fasa pembangunan selama 3 tahun dengan tempoh operasi selama 30 tahun serta fasa perobohan selama 1 tahun iaitu pada
tahun akhir tempoh konsesi, iaitu pada tahun ke-33.
