Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Konsesi Baharu Perkhidmatan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan MyGov*Net (MyGov*Net 2.0)

Maklumat & Komunikasi
Bina-Kendali-Milik (BOO)
Kementerian Digital
RMKe-12
Seluruh negara
-
- MyGov*Net 2.0 merupakan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan yang khusus dan selamat serta diuruskan secara berpusat bagi menyokong sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat.
- MyGov*Net 2.0 menyediakan infrastruktur rangkaian bersepadu untuk Kementerian, Jabatan atau Agensi Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan di bawah seliaan kementerian tersebut.
- MyGov*Net 2.0 adalah satu inisiatif yang disediakan untuk menyokong sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan, dengan menawarkan beberapa perkhidmatan untuk membolehkan capaian kepada aplikasi-aplikasi Kerajaan Elektronik, aplikasi dalaman agensi / intranet dan capaian ke internet.
- Sebagai penyedia utama perkhidmatan rangkaian kepada sektor awam, MyGov*Net 2.0 merupakan nadi kepada sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan secara dalam talian
