Pembangunan Semula Tapak Loji Rawatan Kumbahan di atas Lot 7145, Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur
Utiliti
Pertukaran Tanah
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
RMKe-12
Kuala Lumpur
-
Pembangunan
Semula Tapak Loji Rawatan Kumbahan di atas Lot 7145, Taman Bukit Cheras adalah
bertujuan untuk menaiktaraf dan menukar Loji Rawatan Kumbahan KLR134 di Taman
Bukit Cheras kepada Stesen Pam Rangkaian (NPS) berkapasiti tinggi (13,000 NPE),
termasuk pemasangan paip agihan strategik sepanjang 2.6 km menggunakan
teknologi pipe jacking tanpa gangguan permukaan yang ketara.
Selain
itu, menaik taraf Loji Rawatan Kumbahan KLR261 di Taman Alam Damai,
meningkatkan kecekapan operasi dan kapasiti rawatan sebanyak 36% (daripada
64,000 PE kepada 87,000 PE) bagi menyokong pertumbuhan penduduk jangka panjang.
Turut menyahtaraf dan merobohkan 5 loji rawatan kumbahan kecil di sekitar
kawasan tapak projek.
Perjanjian
konsesi telah ditandatangani dengan syarikat konsesi F3 Capital Sdn. Bhd.
Inisiatif ini
sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk melaksanakan strategi rasionalisasi yang
komprehensif, sekaligus mengurangkan kos penyelenggaraan (OPEX) dan memusatkan
sistem rawatan kumbahan untuk kelestarian alam sekitar yang lebih mampan.