Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS

Konsesi Perkhidmatan Logistik Bekalan Perubatan untuk Kementerian Kesihatan (Pharmaniaga Logistik Sdn. Bhd. - PLSB)


Perkhidmatan Kerajaan


Kontrak Pengurusan


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


RMKe-12


Seluruh negara


-

  • Konsesi Perkhidmatan Logistik Bekalan Perubatan untuk Kementerian Kesihatan oleh Pharmaniaga Logistics Sdn. Bhd. (PLSB) bertujuan untuk membuat perolehan produk Approved Products Purchase List (APPL) secara kontrak dengan pembekal yang dilantik oleh KKM termasuk menguruskan inventori/pesanan produk perubatan, menyimpan stok penimbal, mengedarkan produk konsesi ke fasiliti-fasiliti KKM dan menaik taraf aplikasi, membekal perkakasan, melaksanakan peluasan dan penyelenggaraan Pharmacy Information System (PhIS).
  • Perjanjian konsesi telah ditandatangani dengan syarikat konsesi Pharmaniaga Logistics Sdn. Bhd. pada 1 Julai 2023 bagi tempoh selama 7 tahun.

  • Inisiatif ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk memperkukuhkan dan mempersiapsiagakan bekalan serta pengedaran ubat-ubatan yang cekap ke semua fasiliti kesihatan awam di seluruh pelusuk negara agar tahap penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat berada pada tahap optimum.