Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Konsesi Baharu Perkhidmatan Pengawasan dan Penyeliaan Pemeriksaan Kesihatan Pekerja Asing (FOMEMA) di Semenanjung Malaysia dan WP Labuan

Perkhidmatan Kerajaan
Kontrak Pengurusan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
RMKe-12
Semenanjung Malaysia dan Labuan
-
- Konsesi Baharu Perkhidmatan Pengawasan dan Penyeliaan Pemeriksaan Kesihatan Pekerja Asing (FOMEMA) di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan bertujuan untuk melaksanakan saringan perubatan yang komprehensif, bagi memastikan setiap pekerja asing mematuhi piawaian kesihatan yang ditetapkan sekali gus meminimumkan risiko penularan penyakit berjangkit di Malaysia.
- Perjanjian konsesi telah ditandatangani dengan syarikat konsesi FOMEMA Sdn. Bhd. pada 5 Disember 2023 bagi tempoh selama 10 tahun.
- Inisiatif ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk pelaksanaan transformasi digital melalui sistem pemantauan berpusat yang mengintegrasikan ribuan panel klinik dan makmal secara masa nyata (real-time), bagi menjamin ketelusan data serta kecekapan proses pelaporan keputusan pemeriksaan.
- Selain itu, mekanisme penyeliaan dan audit yang ketat
terhadap kemudahan perubatan swasta dapat memastikan pematuhan prosedur operasi
standard (SOP) yang tinggi serta mengekalkan kredibiliti kualiti saringan
kesihatan pekerja asing secara konsisten bagi pemantauan dan penguatkuasaan
urusan warga asing di negara dapat berada pada tahap yang optimum.
