Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Pelaksanaan Perluasan Sistem Pentadbiran Tanah Secara Elektronik (e-Tanah) di Terengganu Secara Kerjasama Awam Swasta

Perkhidmatan Kerajaan
Bina-Selenggara-Pindah (BMT)
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
RMKe-12
Terengganu
,
- Sistem e-Tanah merupakan sebuah sistem elektronik yang dibangunkan untuk menaiktaraf kualiti penyampaian perkhidmatan awam di pentadbiran tanah di negeri-negeri Malaysia.
- Sistem e-Tanah sedang dibangunkan di Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Terengganu bermula tahun 2022 dan dijangka mula digunakan pada Julai 2024.
- Antara perkhidmatan sistem e-Tanah adalah:
- e-Carian – pengguna membuat carian persendirian secara atas talian;
- Permohonan Online – pengguna membuat permohonan secara atas talian bagi setiap urusan;
- e-Semakan – pengguna menyemak status permohonan/urusan yang telah dibuat atau dipohon melalui atas talian, status urusan yang sedang diproses, telah selesai atau perlu membuat kutipan di kaunter pejabat tanah; dan
- Semakan dan Bayaran Cukai Tanah – pengguna membuat semakan dan pembayaran cukai tanah secara atas talian.
