Pelaksanaan Perluasan Sistem e-Tanah ke Negeri Selangor Secara Kerjasama Awam Swasta
Perkhidmatan Kerajaan
Bina-Selenggara-Pindah (BMT)
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
RMKe-12
Selangor
,
Sistem e-Tanah merupakan sebuah sistem elektronik yang dibangunkan untuk menaiktaraf kualiti penyampaian perkhidmatan awam di pentadbiran tanah di negeri-negeri Malaysia.
Sistem e-Tanah telah dilaksanakan di Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Selangor secara kerjasama awam swasta dan mula digunakan pada 30 Oktober 2023.
Antara perkhidmatan sistem e-Tanah adalah:
e-Carian – pengguna membuat carian persendirian secara atas talian;
Permohonan Online – pengguna membuat permohonan secara atas talian bagi setiap urusan;
e-Semakan – pengguna menyemak status permohonan/urusan yang telah dibuat atau dipohon melalui atas talian, status urusan yang sedang diproses, telah selesai atau perlu membuat kutipan di kaunter pejabat tanah; dan
Semakan dan Bayaran Cukai Tanah – pengguna membuat semakan dan pembayaran cukai tanah secara atas talian.