Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS

Penstrukturan Semula Lebuhraya PLUS


Pengangkutan & Penyimpanan


Bina-Kendali-Pindah (BOT)


Kementerian Kerja Raya (KKR)


RMKe-12


Semenanjung Malaysia


-

  •     Penstrukturan Semula Lebuhraya PLUS (Pemberian diskaun kadar tol 18% di semua lebuhraya PLUS dan pelanjutan tempoh konsesi PLUS merupakan pengurangan kadar tol sebanyak 18% bagi kenderaan Kelas 1 di semua lebuh raya kendalian PLUS (termasuk Jambatan Pulau Pinang) mulai 1 Februari 2020.
  •   Sebagai pertukaran kepada pengurangan kadar tol dan ketiadaan bayaran pampasan, tempoh konsesi PLUS telah dilanjutkan selama 20 tahun (dari 2038 ke 2058) dengan jaminan bahawa tiada kenaikan kadar tol akan berlaku sepanjang baki tempoh konsesi tersebut, selain memberikan kestabilan jangka panjang kepada pengguna lebuh raya.
  •   Perlanjutan perjanjian konsesi telah ditandatangani dengan syarikat konsesi PLUS Malaysia Bhd.
  •     Inisiatif ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meringankan kos sara hidup pengguna tanpa melibatkan bayaran pampasan tunai oleh kerajaan.