Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Pengerukan dan Penambakan antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat Integrated Marine Works

Pengangkutan & Penyimpanan
Lain-lain
Kementerian Pengangkutan (MOT)
RMKe-12
-
Projek
Pengerukan dan Penambakan antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat Integrated
Marine Works (IMW) merupakan perkhidmatan operasi pengerukan, penambakan, perlindungan tebing dan
kerja-kerja berkaitan di semua pelabuhan persekutuan utama negara.
Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan laluan kapal yang
lancar dan selamat di pelabuhan persekutuan dalam memastikan industri logistik
dan perkapalan terus berkembang dan menyumbang kepada hasil negara.
Perjanjian konsesi telah ditandatangani dengan syarikat konsesi Intergrated Marine Works Sdn. Bhd. pada 30 Mei 2022 bagi tempoh selama 15 tahun.
