Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Konsesi Fleet Kenderaan Persekutuan

Pengangkutan & Penyimpanan
Pajakan
Kementerian Kewangan (MOF)
RMKe-12
Seluruh negara
-
- Konsesi Fleet Kenderaan
Persekutuan adalah bertujuan untuk membekal, menyelenggara kenderaan rasmi Jabatan
Kerajaan dan menyediakan Fleet Management System (stand-alone)
bagi pengurusan fleet kenderaan Kerajaan.
- Perjanjian konsesi telah
ditandatangani dengan syarikat konsesi Spanco Sdn. Bhd. pada 1 Ogos 2022 bagi
tempoh selama 15 tahun.
- Inisiatif ini berjaya
mengalihkan pengurusan teknikal fleet kenderaan Kerajaan Persekutuan kepada
pihak swasta, merangkumi penyediaan kenderaan, penyelenggaraan secara berkala,
dan khidmat bantuan kecemasan dalam masa 24 jam.
- Menerusi pengurusan fleet
secara konsesi, ketersediaan kenderaan jabatan (vehicle availability) akan
dapat dipastikan sentiasa pada tahap yang tinggi tanpa memerlukan kerajaan
membina bengkel atau fasiliti logistik sendiri.
