Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Perjanjian Konsesi Antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (Pindaan)

Utiliti
Lain-lain
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
RMKe-12
Semenanjung Malaysia
-
- Pindaan Kepada Perjanjian Konsesi Antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. dan Perkara-perkara Berkaitan Dengan 6 Tanah Pembetungan adalah untuk memberikan autonomi kepada IWK agar dapat mengurus dan menaik taraf infrastruktur pembetungan sedia ada dengan lebih baik bagi mengelakkan pencemaran sumber air mentah secara menyeluruh melalui kebenaran untuk menceburi aktiviti pemerolehan semula sumber (resource recovery).
- Perjanjian konsesi telah ditandatangani dengan syarikat konsesi Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. pada 1 April 2022 bagi tempoh selama 12 tahun.
- Inisiatif ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan agenda kelestarian negara dilaksanakan di mana IWK kini boleh menjana pendapatan tambahan melalui penghasilan air pulihan (reclaimed water) untuk kegunaan industri, penghasilan baja (bio-solid), dan sisa kepada tenaga (bio-gas) daripada sisa kumbahan, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada dana awam.
