Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS

Penswastaan Worksyop Jabatan Laut, WP Labuan


Perkhidmatan Kerajaan


Pajakan


MOT - Jabatan Laut


RMKe-9


Labuan


-

  • Worksyop Jabatan Laut Wilayah Persekutuan Labuan merupakan sebuah fasiliti yang dibangunkan oleh Kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh    (RMK-7) bagi menyokong keperluan operasi maritim, khususnya dalam aspek penyelenggaraan dan pembaikan aset.

 

  • Fasiliti ini kemudiannya telah diswastakan pada tahun 2010 kepada syarikat Preston Shipyard Sdn. Bhd. dengan tujuan meningkatkan kecekapan operasi serta menambah baik kualiti perkhidmatan yang disediakan.

 

  • Skop utama worksyop ini meliputi pelaksanaan aktiviti perkhidmatan limbungan, termasuk penyelenggaraan, pembaikan dan sokongan teknikal terhadap kapal serta bot milik Jabatan Laut Wilayah Persekutuan Labuan termasuk berupaya untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan aset maritim bagi Agensi Kerajaan lain seperti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).